Terima kasih kepada semua rider2 yang telah menyertai Jamboree kali ini. Tahniah yang berjaya menamatkan kayuhan, anda semua memang hebat2 dan laju2. Tahniah juga kepada semua pemenang2. Maaf jika banyak kekurangan di pihak kami. Jika ada gambar2 kongsi lah dan jika ada aduan, komen suka duka, kongsilah kami sedia mendengar. Gambar2 dari pihak kami, insyaAllah saya akan upload dalam masa terdkat di https://www.facebook.com/events/1477573965793922/
Anda semua memang terbaek!

Senarai Pemenang Setiap Kategori









Selamat Datang ke Blog MINI JAMBOREE TAUFIKIAH 73 TAHUN

Sempena 73 tahun penubuhan Sekolah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Sekolah Taufikiah akan mengadakan “MajlisIhtifal” mulai 09 Mei 2014 bersamaan 09 Rejab 1435H hingga 13 Mei 2014 bersamaan 13 Rejab 1435H yang dipenuhi dengan acara sukaneka, pertandingan, persembahan, pameran, syarhil Al-Quran dan kenduri.

Justeru itu pihak Sekolah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah mempelawa semua peminat basikal lasak beraksi di Mini Jamboree Taufikiah 73 Tahun bertarikh pada 10 Mei 2014 hari Sabtu, Flag Off pukul 7.30 pagi dengan jarak laluan sejauh 40km ++ (70% off road dan 30% on road). Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM40 sahaja. Peserta akan diberikan Goodies Bag yang merupakan T-shirt Jamboree, No. Plat serta Barangan Penaja.

Hanya 3 Kategori sahaja yang dipertandingkan;


J- Junior lelaki 18 tahun ke bawah.
M - Terbuka lelaki 18 - 39 tahun.
V- Veteran lelaki 40 tahun ke atas.


Hadiah Wang Tunai dan Piala untuk setiap kategori akan diberikan kepada peserta yang menduduki tempat Pertama hingga Kesepuluh.
Medal Bernombor akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kayuhan di tempat Pertama hingga Kesepuluh untuk setiap kategori dan Medal Finisher kepada semua peserta yang menamatkan kayuhan selepas itu.

Cabutan bertuah akan diadakan selepas penyampaian hadiah utama. Makanan tengahari juga disediakan kepada semua peserta dan ahli keluarga peserta.

Selamat mendaftar dan selamat datang kepada semua peserta kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi kami di talian yang tertera di atas.

Terima kasih.
  

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 April 2014.


Tarikh Kutipan Goodies

09 Mei 2014
9:00 Pagi - 10:00 Malam
10 Mei 2014
6:30 Pagi - 7:30 Pagi
Bertempat di:
Sekolah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pakya)
Kampung Batu 16, Padang Lumat
08800 Guar Chempedak, Kedah.
*bawa bersama borang pendaftaran dan bukti pembayaran.